KUASA KEPETAHAN DALAM KEPIMPINAN

"Di Nusantara ini, siapa yang tidak berdosa?

Petikan dari Presiden Indonesia yang pertama: Soekarno. Berpandu sejarah yang dikaji, salah satu dosa terbesar Soekarno terhadap rakyat Indonesia, dia menjual frasa "demokrasi terpimpin" bila yang sebenarnya dia merajakan kediktatoran dan autoritarian. Soekarno tidak pernah percaya kepada demokrasi. Tapi Indonesia tidak pernah lupa budi Soekarno kerana dia lah,Indonesia betah mengecap merdeka. Dan yang paling serasi bila kita mengenang Bung Karno, dia hebat berpidato. Kehebatan Soekarno adalah apabila dia mampu meniup semangat nasionalisme bangsa Indonesia di ambang Perang Dunia Kedua. Kefasihan Soekarno berhujah tiada tolok banding. Generasi pemimpin selepas Soekarno tergapai-gapai cuba untuk setakuk dengan beliau tetapi gagal.

Presiden Soekarno berucap
sumber: Google image

Di Barat juga begitu, Hitler sepanjang hidup beliau telah menulis sendiri beribu teks ucapan yang bersifat persuasif. Agenda politik Hitler yang menakutkan mendapat tempat di hati rakyat Jerman hanya melalui kefasihan Hitler meyakinkan mereka  melalui ucapan di corong-corong radio dan Parlimen Reichstag. Hitler tetap kecunang tetapi  beliau dikenang sebagai seorang pemidato yang hebat.
Hitler memberi tanda hormat Nazi selepas berucap
sumber: Google image


Dan sejarah juga tidak mungkin melupakan kehebatan Winston Churchill semasa Perang Dunia Kedua juga. Churchill, seperti Hitler, turut dikurniakan bakat yang besar dalam memanipulasi perkataann dan kuasa pidato. Detik-detik kritikal dalam pentadbiran Churchill apabila Britain terkepung keseorangan di laut dan di darat. Churchill telah  menggembleng segala kudrt untuk menulis dan menyampaikan satu satunya teks ucapan paling diingati dalam sejarah dunia moden. Presiden Kennedy menobatkan laungan perang Churchill sebagai " He mobilised the English language and sent it into battle." Tentera Bersekutu menang selepas enam tahun dalam peperangan.

Sir Winston Churchill
sumber: Google image


Lantaran itu, bahasa kuasa pidato memainkan peranan getir dalam mana-mana pentadbiran. Walaupun ia tidak menjamin sebuah pentadbiran terbaik daripada seorang pemimpin, bahasa dan kefasihan bertutur boleh membangkitkan semangat, meniup inspirasi, menghidupkan empati dalam jiwa rakyat. Seperti mana yang telah dibuktikan oleh Bung Karno, Hitler dan Churchill.

Ingat kata-kata Mario M.Cuomo " Kau berkempen dalam puisi, tetapi kau mentadbir dalam prosa"

Mario Cuomo
sumber: Google image



Comments

Popular posts from this blog

Pesta Pantai Terengganu 2017

Learn How to Play 3 Musical Instruments in 3 Weeks