10 TEMPAT YANG BERHANTU DI MALAYSIA
Hi semua, di bawah ini adalah tempat-tempat berhantu dan kisah silamnya yang dapat saya cari di dalam Malaysia.
1.Highland Tower – Kuala Lumpur
Suatu masa dahulu merupakan sebuah
apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi
runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai.
Selebihnya masih terkubur di sana.
Source : google
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang
artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan
suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di
Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.
Source : google
3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang
terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi
tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
Source : google
4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran
sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan
pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan
kemalangan yang meragut banyak nyawa.
Source : google
5. Villa Nabila – Johor Bahru
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di
gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu,
banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –
Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru
Source : google
6. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali
meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan
keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai
tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri
dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah
seram mengenai tempat ini.
Source : google
7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly
terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak
kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara
bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil
yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila
seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul
di mana-mana kecuali di jalan ini.
Source : google
8.Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah
digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu
tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti
penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang
dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan.
Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di
sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam
tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang
yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
Source : google
9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) ,
Kuala Kangsar – Perak
Seperti Institusi St Michael, MCKK juga
pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu.
Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan
tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret
sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu
dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok
berkenaan.
Source : google
10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah
bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British
disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak
kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang
boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang
berkeliaran dikawasan tersebut.
Source : google
Comments
Post a Comment