Kuey Tiow Special Bilik 218

Salam semua.

Harini kita nak cerita pasal cara cara membuat kuey tiow goreng special. Kuey tiow ini diilhamkan oleh Tuan Azizul yang pernah memasaknya suatu ketika dulu.

Sebelum kita boleh buat kuey tiow goreng, kita kena ada bahan bahan dia dulu.

Gambar hiasan 
Sumber: Eny Abdullah

Gambar hiasan 
Sumber: Eny Abdullah

Gambaran 
Sumber Google

Sumber 
Semaniskasturi.blogspot.com





Bahan yang diperlukan

Kuey tiow sebungkus
Daun kucai
tauge
Bawang merah
Bawang putih
Cili kisar
Sos Cili
Kicap
Sos Tiram
Udang (kalau ada duit)
Kerang
Telur
Isi ayam
Garam
Gula
Cili padi

Semua bahan ini mestilah diletak secukup rasa. Agak agak sahaja.

Mula mula, kerat semua bahan di atas dan bersihkan. Selepas itu, letak minyak dan panaskan sehingga dia berbunyi pop pop.

Masukkan bawang dan potongan cili, goreng sehingga naik bau. Selepas itu letak kicap, sos cili, sos tiram, kicap, cili kisar. Goreng sehingga naik bau lagi. Masukkan ayam dan udang tadi, telur pun masuk sekali.

Sumber: Fizalgk.blogspot.com


Goreng sehingga ayam masak, selepas itu, masukkan kuey tiow. Api kena besar. macam kat kedai tu. supaya cepat masak.

Selepas siap, hidangkan bersama daun daun dan taburan potongan cili.

Comments

Popular posts from this blog

Pesta Pantai Terengganu 2017

Learn How to Play 3 Musical Instruments in 3 Weeks