Hotel? Trivago!!
Rasanya ramai di antara kita selalu sahaja mendengar iklan
yang begitu menjadi halwa telinga. Masakan tidak, nampak sahaja Dahlia Syazwan
di kaca tivi, anak kecil seusia 5 tahun pun pasti tahu itu Trivago.
Source:Google Image |
Hotel yang sama, bilik yang sama...
Tetapi, dua harga yang berbeza...
Kenapa bayar lebih?
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago...
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik..
Hotel? Trivago!
Okai kali aku nak cerita macam mana kita nak mencari bilik
hotel ideal yang telah dibandingkan dengan 200 laman web ini. Hahahaha
1. Buka website Trivago
Untuk membuat tempahan hotel menggunakan enjin carian
trivago terlebih dahulu korang perlu buka website Trivago seperti di bawah.
2. Cari Hotel Ideal Anda
Selepas korang dah buka website Trivago, masukkan maklumat
berkait seperti lokasi, tarikh menginap dan jenis bilik. Selesai isi klik
search.
3. Buat Tempahan Anda
Selepas korang dah klik search, paparan berikut akan keluar.
Untuk memudahkan pilihan hotel korang boleh sort listkan senarai hotel yang
ditawarkan. Antara perkara yang biasa aku sort listkan adalah harga dan jarak
hotel dari lokasi tumpuan. Untuk membuat sort list korang boleh klik pada range
harga dan jarak di "filter" (ruang sebelah kiri seperti dalam gambar
di bawah).
Untuk melihat maklumat terperinci berkenaan hotel korang
perlu klik view deal. Semua maklumat berkaitan hotel korang boleh tengok
termasuk lokasi hotel, bilik yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan dan
sebagainya. Selain harga yang berpatutan korang juga perlu mempertimbangkan
review dan rating hotel tersebut.
4. Proses Pembayaran
Sebelum membuat bayaran pastikan korang telah berpuas hati
dengan hotel yang di pilih. Untuk membuat bayaran korang perlu klik jenis bilik
yang korang nak dan klik "book now atau reserve atau tempah" dan
ikuti beberapa langkah mudah yang di sediakan. Biasanya korang mempunyai
beberapa pilihan bayaran sama ada bayar deposit dahulu, bayar penuh atau bayar
di kaunter bergantung kepada syarikat pengendali yang korang tempah (contoh
Agoda, Booking.com, Expedia, Hotel.com dll). Antara maklumat yang biasa korang
perlu isi adalah seperti maklumat peribadi (nama, alamat emel dan nombor phone)
dan maklumat bayaran.
Source : Google image |
5. Selesai
Nikmati pilihan anda dengan sepenuh hati. Ingat Trivago,
ingat Dahlia Syazwan. Muahh XOXO
Comments
Post a Comment