Hai you all,dengan beberapa hari lagi kita akan menyambut datangnya bulan puasa,
own source
oleh itu,dengan ini saya dengan berbesar hatinya ingin kongsikan serba sedikit resepi yang akan membuatkan seluruh kelaurga anda akan merasa nikmatnya berbuka puasa,kepada ibu-ibu,kakak-kakak,adik-adik dan mahupon abang-abang yang ingin memberikan kelainan pada menu berbuka puasa,marilah kita tengok menu badak berendam dibawah,
JENG,JENG,JENGGGGGGGGGG
KUIH BADAK BERENDAM(SORRY TIADA BADAK DI DALAMNYA)
own source
bahan-bahan;
bahan inti,
-1/2 biji kelapa parut
-2 sudu besar gula pasir secukupnya
-2 sudu besar gula melaka
-1/2 sudu kecil garam
-1/2 sudu besar tepung gandum
-1 helai daun pandan-ikat simpul
bahan kuih,
-2 cawan tepung pulut
-1 1/2 cawan air pandan
-1/2 sudu kecil garam
-pewarna merah
-pewarna hijau
bahan kuah santan
-3 cawan santan
-3 sudu besar tepung beras ,bancuh dengan air
-1 sudu kecil garam
-1 helai daun pandan ikat simpul
Cara membuat
Inti Kelapa
- Panaskan kuali,masukkan kelapa,gula melaka dan gula pasir.kacau bersama daun pandan bersimpul bersama air,Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya,kalau kurang manis,tambah ketulan gula melaka sehingga manis.Akan tetapi ada eloknya kurangkan manis dalam makanan,tambahkan manis dalam senyuman,kihkihkih
- Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat dan senang dibuat bulat
Kuih Badak
- Bancuhkan tepung beras bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat
- Bahagikan kepada dua bahagian,bahagian yang pertama diuli sekata dengan pewarna hijau dan bahagian satu lagi dengan pewarna merah
- Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan dan masukkan inti kepala dan bulatkan dengan kemas
- rebus bebola kuih sehingga timbul dipermukaan,toskan bebola masukkan kedalam mangkuk atau cawan
Kuah Santan
- Masakkan santan bersama tepung beras,garam, dan air pandan
- Masak di atas api dengan perlahan sehingga mendidih,pastikan selalu kacau supaya kuah tak berketul
- hidangkan bebola dengan kuah santan
Comments
Post a Comment