Pesta Pantai Terengganu 2017

Salam Semua. Kembali lagi kita harini ha. Log kali ini kita nak cerita tentang Pesta Pantai Terengganu 2017 yang berlangsung kat perkarangan pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Sebelum kita start cerita pasal pergi pesta kita cerita sikit la sejarah pesta pantai ni. Mengikut sejarah, ada banyak jugak la versi kepada asal usul pesta pantai ni. Yang pertama, pesta pantai ni dikatakan bermula daripada penduduk Kampung Padang Kemunting dan Maras yang mengadakan pesta setelah selesai musim menuai padi, penduduk kampung akan berpesta selama seminggu di tepi pantai untuk meraikan kejayaan hasil menuai padi dan menghargai penat lelah. Tetapi versi ini dikatan adalah versi sejarah yang diolah untuk memberi gambaran lebih elok kepada komuniti rakyat Terengganu. Versi kedua yang lebih realistik dan mempunyai lebih banyak sumber rujukan, pesta pantai dulunya dikenali sebagai Pesta Puja Pantai. Pesta ini diadakan oleh para petani dan nelayan di beberapa buah negeri pantai timur semenanjung dan Melaka. Pesta Puja Pantai ni diadakan bersempena untuk memuja 'semangat pantai' untuk melindungi para nelayan pada masa tu lah. Tetapi berdekad kemudian, fahaman islam yang meluas mula mengurangkan amalan amalan syirik sehinggalah pesta terakhir diadakan pada 1975. Biasanya diorang sembelih kerbau albino pastu hanyutkan kat laut untuk bagi hantu tu makan. Tapi pesta sekarang ni takde dah nak buat macam tu. Pesta sekarang ni lebih kepada hiburan dan bisnes bisnes anak tempatan je...


Yang gua pergi hari sabtu 25hb.. Boleh kata best jugak la pergi sini tapi timing tu macam tak kena sikit sebab tengah panas bro. Boleh katakan berpeluh jugak ketiak ni kat tempat tu. 
Sekarang nak payung gambar sikit.


Keadaan panas masa gua pergi tu menyebabkan golongan pengunjung pun agak berkurang





Pomade murah. 2 tin 15 hengget je haa




abam hensem


















Dah la tu. tu je. penat dah tulis ni.




Bedil

Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime