JOSE MOURINHO: JURULATIH DAN PEMIMPIN
Jika disebut nama Jose Mario dos Santos Felix Mourinho, mungkin ramai yang tidak mengenali siapakah pemilik nama tersebut tetapi jika disebut hanya sebagai Jose Mourinho, terbayang susuk tubuh pengedali Manchester United bagi peminat suka bola sepak. Jose Mouringho atau lebih dikenali sebagai JM aka The Special One tidak mempunyai bakat dan pengalaman yang luas sebagai pemain bola sepak di pentas antarabangsa. Beliau lebih menyerlah sebagai seorang jurulatih di mana setiap kali beliau dilantik untuk melatih sesebuah kelab bola, pasukan itu akan menunjukkan keserasian, mempamerkan pencapain yang memberangsangkan dan memenangi pelbagai kejuaraan liga. FC Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid ialah antara beberapa kelab ternama yang pernah dibimbing oleh JM. Kini beliau mengemudi kelab paling bernilai dunia, Manchester United. Ketika bersama FC Porto, beliau berjaya menewaskan Manchester United yang ketika itu di bwah kendalian Sir Alex Ferguson lantas berkata, " Kata-kata...