KEBEBASAN BERSUARA DALAM PIMPINAN DEMOKRASI

Seperti yang kita tahu, amalan demokrasi bermula semasa zmana Yunani purba di negara-bandar Athens. Perkataan demokrasi datang daripada perkataan 'demos' yang bermaksud rakyat dan 'kratos' yang bermaksud kuasa. Maka demokrasi membawa maksud kuasa rakyat. Demokrasi yang diamalkan di Athens pada ketika itu adalah demokrasi langsung atau terus, atau dalam bahasa Inggeris ialah 'direct democracy'. Rakyat lelaki Athens yang merdeka mempunyai hak untuk mengambil bahagiandalam penggubalan undang-undang dan pentadbiran negara bandar tersebut. Tetapi hak yang sama tidak diberikan kepada wanita dan hamba.

sumber: Google image

Demokrasi yang banyak diamalkan sekarang pula adalah bentuk demokrasi yang dipanggil 'demokrasi perwakilan'. Dalam sistem ini,rakyat memilih seseorang untuk mewakili mereka dalam penggubalan undang-undang dalam dewan perundangan. Rakyat tidak secara terus menentukan bagaimana negara ditadbir. Tetapi asas demokrasi tetap sama, sama ada secara langsung atau terus, rakyat sesebuah negara itu mempunyai kepentingan dan boleh menentukan bagaimana negara itu ditadbir.

Seperti kata Abraham Lincoln, " Kerajaan terdiri daripada rakyat, oleh rakyat dan demi rakyat." Ramai menganggap bahawa demokrasi itu hanya terhad kepada membuang undi  setiap lima tahun untuk menentukan siapa yang berhak untuk membentuk kerajaan. Itu tanggapan yang salah. Demokrasi termasuklah amalan menyuarakan pendapat, kritikan atau tentangan terhadap apa-apa undang-undnag, dasar, keputusan yang dibuat oleh sesebuah institusi yang ditadbir secara demokrasi.


words to live by Abraham Lincoln
sumber: Google image


Rakyat di dalam sebuah negara demokrasi mesti dibenarkan untuk bebas bersuara dalam hal-hal negara. Walaupun sesebuah negara telah dibentuk atau mana-mana individu telah dipilih sebagai pemimpin, itu tidak bermakna rakyat tidak ada hak untuk bersuara demi kepentingan dan kemakmuran negara. Jika rakyat tidak dibenarkan bersuara, bagaimana pihak kepimpinan boleh mendapatkan maklum balas tentang apa-apa dasar yang dijalankan dalam negara.


sumber: Google image

Memang kebebasan bersuara itu tidak mutlak. Undang-undang boleh digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara. tetapi dalam demokrasi, hak untuk rakyat bersuara perlu didukung dan dipertahankan bagi membantu melestarikan pentadbiran negara.

Sumber: Google image

Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime