KAPTEN TERBAIK DALAM DOTA 2

Bukan mudah menjadi seorang kapten apabila perlu memikul tanggungjawab besar dalam pasukan. Seperti juga sukan fizikal, e-sukan menggunakan konsep yang sama apabila kapten bertanggungjawab termasuk memastikan ahli pasukan boleh bermain dengan baik dan tiada masalah komunikasi.

Kuro Salehi Takhasomi atau lebih dikenali sebagai Kuroky ialah anak muda berusia 25 tahun dari Berlin, Jerman dan mempunyai pengalaman lebih tujuh yahun dalam arena kompetitif Dota 2. Berikut adalah ciri menarik yang ada pada dirinya:

1. PEMAIN VETERAN BERPENGALAMAN

Bakatnya boleh dilihat dari segi pengalaman dalam e-sukan lebih daripada 5 tahun. Pada walnya dia bermain untuk pasukan Jerman peringkat antarabangsa iaitu Mousesports dalam permainan Dota. Di pertandingan Dreamhack Winter 2008, pemain veteran dan juga kawan baik, Puppey turut bermain sebagai pemain ganti. Karier profesionalnya bermula di kejohanan dunia The International 2011 apabila pasukannya Gosugamers.net berjaya melepasi pusingan kelayakan namun kecundang di peringkat utama. Namun ketika bermain untuk pasukan Na'vi dan Secret, dia kerap kali meraih kedudukan tiga teratas dalam pertandingan.
Kuroky ketika 5 tahun
sumber: Kuroky's Twitter

2. PAKAR DALAM 'DRAFTING'

Sebagai kapten, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk merancang strategi dan memilih hero terbaik bagi setiap ahli. Kuroky tidak mengalami masalah dalamm hal ini. Sejak menjadi Kapten untuk Liquid, Kuroky membuat draft yang agresif dengan menumpukan kepada pemain tengah. Pada masa yang sama, dia memastikan pemain bantuan memilih hero yang berupaya membantu pemain tengah lebih menyinar dalam perlawanan.

Kuroky ketika bersama Team Na'vi
sumber: Google image

Kapten untuk Team Liquid
sumber: Google image


Kini bersama Miracle-,GH, Matumbaman dan Mind Control, draft pasukan Liquid lebih versatil dan sistematik. Selain mempertaruhkan pelbagai hero berbeza, Kuroky memanfaatkan pengalaman dalam industri dengan membaca strategi pihak lawan dan seterusnya mematahkan dengan counterpick yang berkesan

3. KAPTEN TERBAIK

Mengimbas kejohanan lalu di China, Kuroky menggunakan draft ikonik menggandingkan Morhpling dan Io masing masing digunakan Matumbaman dan GH. Sementara itu, strategi itu dimantapkan lagi dengan kemahiran Miracle- memainkan Ember Spirit. Biarpun kalah pada peringkat awal, Liquid berjaya memenangi Starladder dengan draft itu.

Lebih menarik, Kuroky memanfaatkan kebolehan ahli Liquid yang mampu bermain lebih daripada tiga hero berbeza. Ditambah lagi dengan pemilihan hero dengan kemampuan stun yang hebat, mereka akhirnya berjaya menewaskan EG dan menempah slot ke kejohanan dunia The International 2017 tanpa perlu mengambil bahagian dalam kelayakan.

Team Liquid di The International 2017
sumber: Google Image


Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime