JOSE MOURINHO: JURULATIH DAN PEMIMPIN

Jika disebut nama Jose Mario dos Santos Felix Mourinho, mungkin ramai yang tidak mengenali siapakah pemilik nama tersebut tetapi jika disebut hanya sebagai Jose Mourinho, terbayang susuk tubuh pengedali Manchester United bagi peminat suka bola sepak. Jose Mouringho atau lebih dikenali sebagai JM aka The Special One tidak mempunyai bakat dan pengalaman yang luas sebagai pemain bola sepak di pentas antarabangsa. Beliau lebih menyerlah sebagai seorang jurulatih di mana setiap kali beliau dilantik untuk melatih sesebuah kelab bola, pasukan itu akan menunjukkan keserasian, mempamerkan pencapain yang memberangsangkan dan memenangi pelbagai kejuaraan liga.

FC Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid ialah antara beberapa kelab ternama yang pernah dibimbing oleh JM. Kini beliau mengemudi kelab paling bernilai dunia, Manchester United. Ketika bersama FC Porto, beliau berjaya menewaskan Manchester United yang ketika itu di bwah kendalian Sir Alex Ferguson lantas berkata, 

" Kata-kata Ferguson adalah betul. Wang tidak menjamin kejayaan. Saya membuktikannyapada musim perlawanan yang lalu apabila Porto bimbingan saya berjaya mengalahkan Manchester United. Ia semua bergantung kepada kepimpinan." 


JM ketika memenangi Liga Juara Juara bersama FC Porto
sumber: Google image
Sebagai jurulatih yang berkaliber, sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh JM sangat jelas. Antara ciri-ciri yang ditunjukkan ialah

1. KUASA FOKUS

Pemikiran Mourinho menetapkan beliau fokus kepada kemenangan dan apabila kalah, beliau tidak membenarkan perasaan kecewa dan putus asa menguasai pemikirannya. Beliau turut menerapkan pemikiran ini dalam setiap minda pemainnya untuk mencapai kemenangan.

sumber: Google image


2. MOTIVASI DAN INSPIRASI

Mourinho mewujudkan ikatan hubungan dengan setiap pemainnya melebihi hubungan antara seorang jurulatih dan pemain. Dari situ, beliau dapat mengenali mereka secara peribadi dan mengkaji setiap kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka

Mario Balotelli, pemain yang sering membawa masalah kepada JM
sumber: Google image


3. MENYELESAIKAN PERBEZAAN DAN KONFLIK

Setiap kelab pasti mempunyai konflik yang tersendiri. Tidak terkecuali juga masalah yang dihadapi JM. Dalam hal ini, beliau menggunak teknik ' put the fish on the table '. Melalui teknik ini, msalah dapat dijelmakan dan setiap pemain dapat melihat permasalahan itu dan dapat membantu mencari penyelesaian.


sumber: Google image


4. MEWUJUDKAN KEPERCAYAAN UNTUK PERUBAHAN

Dalam hal ini, beliau mewujudkan suasana yang harmoni. Setiap pemain boleh mendatangi beliau pada bila-bila masa walaupun dengan masalah peribadi. Secara tidak langsung ini akan membuatkan pemain senang dengannya dan berusaha untuk memberikan yang terbaik ketika beraksi di atas padang.

Bersifat positif
sumber: Google image

Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime