ROTI DAGING BERKEJU ABAM ALAM


BAHAN-BAHAN


untuk inti:

  • 300gm daging cincang or daging burger 4 keping yg dihancurkan (tapi kalau nak daging lebih, tambah la lagi takde siapa marah)
  • garlic 2 ulas
  • bawang besar 1 biji
  • perencah daging black paper maggi 1/2 packet
  • air (sikit jee, jangan banyak2)
  • benda standard; garam dan gula
  • minyak. tak de minyak mcm mana nak masak
  • roti 12 keping
  • telur 3 biji
  • susu fresh milk 200ml
  • cheese slice 8 keping (nak lebih, tambah ikut suka)
  • cheddar cheese yg diparut
  • sayur ikut suka, nak letak boleh taknak letak pun boleh


PROCEDURE


tumis bawang dulu (benda basic, kalau tumis pun taktau.. haihh sorry bro tak dapat tolong). bila bawang yg ditumis dah layu, masukkan daging cincang



selepas itu, masukkan black pepper



gaulkan. bila dah sebati dan muncul rasa puas hati, mohon tutup api dan ketepikan buat sementara waktu (sama mcm ex anda ketepikan anda dulu)



ambil bekas lain dan bancuh telur bersama fresh milk. kacau dgn hati yg ikhlas.



celup roti ke dalam bancuhan tadi satu per satu sebab kalau tumpah takde siapa yg nak tolong kemas.



susun roti yg dah dicelup td ke dalam loyang atau bekas-bekas yang sama waktu dengannya. loyang atau bekas tu hendaklah disapukan margerin terlebih dahulu.



ratakan inti daging yang telah dimasak masa awal-awal tu di atas roti yang telah disusun tadi.



susun kepingan cheese di atas inti daging tadi. susun elok-elok tau ;)



tambah satu lagi layer roti yg telah dicelup dgn telur tadi kasi tebal sikit.



tuang lebihan telur diatas roti dengan penuh kesabaran.



parutkan cheddar cheese ke atas lapisan roti tersebut. kalau nak masak untuk orang tersayang tu letak la lebih sikit.



taburkan sedikit 'mix herb' supaya berbau haruuum



bakar selama 40minit pada suhu 180 degree celcius.. dan jeng jeng jeng terhasillah satu hidangan yang mampu mengambil hati para mertua anda!!








Ya Allah sumpah sedap! serious tak tipu! Selamat mencuba!!

#semuagambarsendiri



Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime