Hotel? Trivago!!

Rasanya ramai di antara kita selalu sahaja mendengar iklan yang begitu menjadi halwa telinga. Masakan tidak, nampak sahaja Dahlia Syazwan di kaca tivi, anak kecil seusia 5 tahun pun pasti  tahu itu Trivago.

Source:Google Image




Hotel yang sama, bilik yang sama...

Tetapi, dua harga yang berbeza...
Kenapa bayar lebih?
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago...
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik..
Hotel? Trivago!

Okai kali aku nak cerita macam mana kita nak mencari bilik hotel ideal yang telah dibandingkan dengan 200 laman web ini. Hahahaha


1. Buka website Trivago

Untuk membuat tempahan hotel menggunakan enjin carian trivago terlebih dahulu korang perlu buka website Trivago seperti di bawah.

Source https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOrOzfmRSJ_v8RWdN6eonA73BbODm6RqdUS4hHlAqF9cJCoIbKH466ycBrwVmKmV9M4AIJjL8DjFpakLWHYIVIFSjdyh84iAQEm4p5Id2szu0XvK2zXvGLQRwvlb7m2K5dXXKUel5JAPUe/s320/triv1.JPG




2. Cari Hotel Ideal Anda
Selepas korang dah buka website Trivago, masukkan maklumat berkait seperti lokasi, tarikh menginap dan jenis bilik. Selesai isi klik search.

Source : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrMrbEvN7LKo_Fu0QRdn3N1h6vB-Akv39tkMwRn_NANnHvCzLAFL8fX70w4zcco1Dfe4evpDCvKfQioaeewmF3gjuwCkjfuqoqzl5osp9RU8rCL1CyakUcnjjOnLNRhuMFBDFfHt_vkqeT/s400/triv2.JPG


 3. Buat Tempahan Anda

Selepas korang dah klik search, paparan berikut akan keluar. Untuk memudahkan pilihan hotel korang boleh sort listkan senarai hotel yang ditawarkan. Antara perkara yang biasa aku sort listkan adalah harga dan jarak hotel dari lokasi tumpuan. Untuk membuat sort list korang boleh klik pada range harga dan jarak di "filter" (ruang sebelah kiri seperti dalam gambar di bawah).

Untuk melihat maklumat terperinci berkenaan hotel korang perlu klik view deal. Semua maklumat berkaitan hotel korang boleh tengok termasuk lokasi hotel, bilik yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan dan sebagainya. Selain harga yang berpatutan korang juga perlu mempertimbangkan review dan rating hotel tersebut.


 Source ; https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrB0ERLWrEhwgO7iluW7r8DlqTUR__ZadPwNxomBoLdt1YAkeZnTLu0UPQNo-a0fSjHJB1mpOwcQDwcBjtGbBL2mZjnhyLlpvyAD8lNoiyzg5ooYAKgyZpoerVr9QKX81vsNC6wdj_qyBJ/s400/triv3.JPG


4. Proses Pembayaran

Sebelum membuat bayaran pastikan korang telah berpuas hati dengan hotel yang di pilih. Untuk membuat bayaran korang perlu klik jenis bilik yang korang nak dan klik "book now atau reserve atau tempah" dan ikuti beberapa langkah mudah yang di sediakan. Biasanya korang mempunyai beberapa pilihan bayaran sama ada bayar deposit dahulu, bayar penuh atau bayar di kaunter bergantung kepada syarikat pengendali yang korang tempah (contoh Agoda, Booking.com, Expedia, Hotel.com dll). Antara maklumat yang biasa korang perlu isi adalah seperti maklumat peribadi (nama, alamat emel dan nombor phone) dan maklumat bayaran.

Source : Google image

 5. Selesai

Nikmati pilihan anda dengan sepenuh hati. Ingat Trivago, ingat Dahlia Syazwan. Muahh XOXO

Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime