SEM5 ROAD TO FINAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera  salam  1Malaysia buat semua. Jadi ketika blog ini masih dalam penulisan, kurang dua minggu sahaja lagi pelajar pelajar semester 5 Akademi Laut Malaysia (ALAM) akan menduduki peperiksaan akhir semester. Pelbagai reaksi dan gelagat dapat kita lihat dalam usaha mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka.



Abang Manis Imran Shah
                                        
Penat menelaah sehingga lewat malam membuatkan abang manis ini tertidur sementara menunggu lecturer masuk mengajar. katanya sedang mebuat 'power nap'. Tapi apa yang dapat penulis lihat, power nap beliau selama dua jam. Tetap kelihatan comel walaupun tidur di atas kerusi.
                                          

Jejaka Bergaya Huzaifah
Seorang yang terkenal dan popular di kalangan kakak kakak dewan makan. Keupayaan mengorat tersangat lah hebat. Katanya persediaan awal itu perlu dan sangat penting. Ketika ini masih sibuk mengorat gadis KUIM. ‘Dean List’ menjadi sandaran utama untuk terus popular dan kekal bergaya tanpa rokok. Menjadikan moto hidup  ‘teruskan usaha dan jangan mengalah untuk belajar walaupun sedang putus cinta.’

   
Saudara Najmi Naim
Peminat setia siri The Big Bang Theory. Ketika gambar ini diambil ( dengan persetujuan empunya gambar ) beliau sudah tewas dan akhirnya tertidur gara gara belajar sehingga lewat malam seperti  Imran Shah. Sebelum bermulanya mimpi indah di alam fantasi, beliau sempat memberikan nasihat  untuk fokus di dalam kelas dan segera bertanya jika ada topik yang kurang difahami.



Golongan Aristokrat Raja Munir

Seorang yang periang serta nakal namun juga dikenali sebagai seorang yang ‘gifted’. Memberikan nasihat agar tidak lupa makan walaupun sibuk belajar kerana perut lapar itu punca susahnya ilmu untuk difahami. Selain itu, beliau juga suka untuk mengingatkan kepada mereka yang beragama Islam agar tidak lupa pada solat. Pada hemat penulis, beliau seorang bakal menantu yang bagus.                                   

                                        
Jejaka berlesung pipit Izrofiel 
 Sebagaimana seramnya nama beliau, begitulah seramnya usaha yang dilakukan oleh Izrofiel. Jejaka yang mempunya senyuman manis dan berlesung pipit ini begitu rajin mengulang kaji pelajaran. Katanya, para pelajar hendaklah bijak membahagikan masa untuk belajar dan menicpta suasana yang kondusif agar pelajaran lebih mudah difahami.
 

Study group
                                   
Penulis, Raja Munir Muizzuddin dan Fiqree Hazaldin sedang melakukan study group untuk medapat kefahaman yang lebih untuk topik2 yang rumit. Pelbagai topik dibincangkan termasuk kedatangan selebriti terkenal Jepun, Maria Ozawa ke Malaysia baru baru ini.           

       

Huzaifah sekali lagi, No caption needed.
 Itulah sedikit sebanyak reaksi dang gelagat yang dapat kita lihat. Pelbagai ragam tercipta disaat saat akhir ini. Akhiru kalam, penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya semua pelajar sem5 tahun ini. Semoga anda berjaya dengan cemerlang.                                                                    

Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime