Marhaban Ya Romadhon

Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pembaca. Apa khabar anda semua? Baik kah? Harap penulis semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam tempoh dua minggu sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadhan. Apa istimewanya dengan bulan ini? Saban tahun dalam kalendar Islam, Ramadhan merupakan yang kesembilan dan sangat dinantikan kerana pada bulan umat Islam diwajibkan berpuasa. Bagi penulis yang sudah memasuki usia dua abad, pelbagai kenangan menggamit memori dalam usaha menjalani ibadah puasa. Apa yang dapat kita lihat pada anak-anak kecil sekarang menjalani ibadah puasa tidak lah semeriah dahulu. Jadi, penulis ingin menggamit kembali memori berpuasa pada zaman dahulu. Mari kita ikuti kisah ini....

Puasa yang yang yok
Source: Google Image


HAHAHAHA...Puasa yang yang yok bagi budak-budak zaman dahulu. Ada sahaja alasan untuk tidak berpuasa penuh. Tapi apakan daya kalau tak puasa penuh, nanti tak dapat duit raya pulak nanti.

pelita buluh
Source: Google Image
Bagi anak anak yang membesar di suasana kampung, pelita buluh boleh dianggap sinonim denga mereka. Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada pelita walaupun pelita kon atau pelita plastik sudah komersial pada waktu itu. Bau asap minyak tanah yang harum semerbak juga berfungsi sebagai pengahalau nyamuk. Ini lah salah satu kenangan waktu dulu.

solat terawih
Source: Twitter @Malaysian Childhood
Ini juga salah satu kenangan yang paling manis pada bulan puasa. waktu yang ditunggu oleh semua anak anak selaps waktu berbuka. Walaupun kedatangan ke masjid atau surau surau hanyalah untuk bergurau senda, solat terawih tetap menjadi salah satu perkara yang wajib dilakukan.


Bazaar Ramdhan
Source: Google Image
Bazaar ramdhan merupakan salah satu perkara yang tidak akan ditinggalkan oleh mereka yang berpuasa. Bukan itu sahaja, bazaar ramdhan juga menjadi tumpuan kepada bangsa lain juga yang tidak mahu melepaskan membeli juadah yang pelbagai dan enak. Selain itu juga, ada anak muda yang mengambil kesemptaan berniaga untuk menambah duit bagi menghadapi Hari Raya,

Mercun
Source: Google Image
Inilah perkara yang paling disukai oleh kanak-kanak mahupun gologan dewasa sendiri ketika bulan puasa, Senang didapati dan harga murah menyebabkan mercun begitu popular saban tahun. Namun begitu, penulis berharap kepada mereka yang mahu bermain mercun berhati hati agar dapat beraya wajah yang tampan dan cantik tanpa ada jari yang kudung pula.🌝🌝🌝🌝🌝🌝🌝

Akhir kata dari penulis, semoga teman teman sekalian dapat menjalani ibadah puasa nanti dengan penuh tawaduk dan istiqamah. May peace be upon you. Muahhh XOXO


Comments

Popular posts from this blog

From Rags to Riches

5 Leadership Qualities We Can Learn From Optimus Prime